Tuesday, July 27, 2010

Masalah kajian

Masalah kajian
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para penyelidik adalah memilih masalah boleh dikaji dan mencatatkan dalam bentuk yang sesuai bagi sesebuah penyelidikan. Bagi mengenal pasti masalah, penyelidik mungkin boleh bersumberkan pengalaman lepas, teori-teori yang dating dari persoalan-persoalan dari proses deduksi, tinjauan-tinjauan literature yang terkini yang mana berkaitan dengan bidang penyelidik, atau sumbersumber dari bukan sumber pendidikan.

Sumber-sumber Masalah Kajian:
1. Minat dan Pengalaman Penyelidik
Sumber idea untuk masalah kajian datang dari pengalaman dan minat penyelidik itu sendiri. Seorang pentadbir mungkin akan menghadapi masalah berkaitan pengagihan dan penjadualan tugas, berkomunikasi dengan para pekerja, membentuk gaya kepimpinan, mendapatkan sokongan daripada pihak kerajaan dalam menjalankan program-program, dsb.

2. Mengaplikasikan teori
Satu sumber yang biasa untuk mendapatkan masalah kajian ialah teori-teori yang digunakan dalam amalan pengurusan. Contohnya kajian tentang gaya kepimpinan menyatakan bahawa ada tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-faire. Kajian-kajian ini telah dibuat di sektor-sektor perkilangan.
Tetapi adakah teori tersebut boleh diaplikasikan di sektor pendidikan. Contohnya: Apakah gaya kepimpinan Pengetua sebuah Kolej yang boleh meningkatkan pencapaian para pelajar?

3. Replikasi
Replikasi bermaksud mengulangi kajian-kajian yang lepas dengan membuat sedikit tokok tambahan yang boleh menyumbang kepada pengetahuan baru. Replikasi boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian dan instrumen yang sama tetapi diadaptasikan menggunakan sampel, atau masa yang berbeza.

4. Penjelasan kepada kepada keputusan kajian yang bercanggahan
Sesetengah kajian mungkin mengkaji topik yang sama tetapi memperolehi hasil kajian yang berbeza. Contohnya hasil kajian tentang mengkelaskan para pelajar mengikut tahap kepintaran mereka.

Ada kajian yang yang menunjukkan bahawa dengan mengkelaskan pelajar mengikut kadar kepintaran mereka adalah lebih berkesan berbanding dengan mencampurkan para pelajar yang berbagai kadar kepintaran.

Bagaimanapun ada kajian yang sama menunjukkan tiada perbezaannya dari segi meningkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, dengan membuat pemeriksaan kepada kajian-kajian tersebut dengan lebih mendalam, satu hasil kajian yang baru boleh dihasilkan yang akan mensintesiskan semua hasil-hasil kajian dalam topik yang sama.

Kriteria-kriteria untuk menentukan masalah kajian yang baik:

1. Masalah itu boleh dikaji
Masalah yang dinyatakan boleh dicari penyelesaiannya dengan cara pengumpulan dan penganalisaan data.

2. Masalah itu mestilah benar-benar perlu untuk diselesaikan.
Penyelidik perlulah membuat satu kajian yang benar-benar penting dan hasil kajiannya boleh diaplikasi dan diimplimentasikan dalam pengurusan organisasi. Membuat satu kajian yang telah jelas dan telah banyak dibuat penyelidikan tentangnya perlulah dielakkan.

3. Pernyataan masalah menunjukkan jenis penyelidikan yang digunakan
Ayat yang digunakan akan menentukan samada sesuatu kajian itu berbentuk deskriptif, hubungan atau perbezaan antara kesan dan penyebab.

4. Pernyataan masalah yang menspesifikasikan populasi.
Di dalam pernyataan masalah populasi yang ingin dikaji dinyatakan secara umum.

5. Masalah kajian menyatakan tentang pembolehubah-pembolehubah yang digunakan.
Pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar perlu dinyatakan dengan jelas.

MENGENALPASTI MASALAH
Terdapat beberapa panduan di bawah yang akan membantu penyelidik dalam mengenalpasti masalah kajian:
a. Masalah yang baik dapat merumuskan setidak-tidaknya hubungan antara dua pembolehubah atau lebih
b. Masalah harus dinyatakan secara jelas dan tidak mempunyai makna yang berganda dan pada umumnya dinyatakan dalam bentuk persoalan.
c. Masalah yang baik adalah masalah yang dapat diuji dengan menggunakan kaedah empiris, iaitu dapat mengumpulkan data yang boleh digunakan sebagai bahan untuk menjawab masalah yang sedang dikaji.
d. Masalah tidak boleh mempersembahkan masalah posisi moral dan etika.

Penyelidik-penyelidik perlu menilai kepentingan (singnifikan) masalah yang dicadangkan seperti:
1. Adakah masalah tersebut dapat menyumbang kepada teras pengetahuan (body of knowledge) yang sedia ada?
2. Adakah masalah tersebut berpotensi bagi menjadi asas kepada penyelidikan pada masa depan?
3. Adakah masalah itu boleh diuji?
4. Adakah pembolehubah-pembolehubah dalam masalah tersebut boleh diperhati dan diukur?
5. Bagaimana dengan kesesuaian masalah tersebut dengan minat, pengalaman dan pengetahuan penyelidik dalam bidang tersebut?
6. Adakah terdapat sumber dapat bagi masalah tersebut?
7. Adakah terdapat instrument atau adakah penyelidik dapat menstrukturkan data yang diperlukan bagi mengukur pemboleh ubah?
8. Adakah data tersebut boleh dianalisis dan diterjamahkan berdasarkan masa yang diperuntukan?

Persoalan yang dikemukakan tidak boleh dinyatakan secra langsung terhadap isu-isu falsafah dan ia juga tidak boleh terlalu umum sehingga sukar untuk dikaji. Persoalan kajian bagi kajian kuantitatif selalunya menyoal tentang hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Pernyataan dalam persoalan seharusnya mengenal pasti populasi dan pembolehubah-pembolehubah yang ingin dikaji. Manakala persoalan kajian dalam penyelidikan kualitatif adalah pernyataan tentang tujuan kajian secara umum. Ciri-ciri penilaian masalah kualitatif adalah menyerupai masalah-masalah kajian kuantitatif.

No comments:

Post a Comment